Download ebook tata cara sholat
Kata pengantar alhamdulillah dengan rasa syukur ke hadlirat allah swt yang dengan rahmat dan inayahnya buku risalah tuntunan shalat lengkap ini telah selesai kami susun untuk dapat disebar luaskan di kalangan masyarakat umat islam.
Download buku tuntunan shalat lengkap by. Aku sengaja shalat fardhu subuh dua raka at menghadap kiblat menjadi makmum imam karena allah 2. Panduan sholat lengkap bisa langsung di download. Lafadz niat sholat fardu 1. Tuntunan shalat lengkap pdf sudaraku seiman tentu kalian sudah tidak asing lagi dengan yang namanya sholat shalat merupakan amalan yang wajib dikerjakan oleh setiap kaum muslimin seluruh dunia.
Tuntunan sholat lengkap syeikh jibrin by escendolijo in islam ebook dan muslim. Bacaan Sholat Lengkap Pdf. Tuntunan Shalat Lengkap. Panduan Sholat. Gamis Batik Modifikasi Kain Polos. Kumpulan Cerpen Kompas Pdf. Ruku', sehingga kedua tangan sampai kepada kedua lutut. Selepas mantap dan tukmaninah anda baca: Subhana Rabbial 'A'zami wa bi-hamdih. Berdiri 'itidal dengan badan tegak lurus. Sujud dengan meletakkan dahi, kedua telapak tangan, kedua lutut dan kedua ibu jari kaki kiri dan kanan, atau meletakkan semua hujung jari kaki.
Duduk di antara dua sujud. Sujud kedua seperti juga sujud pertama tadi dan membaca: Duduk mantap sejenak lalu sambil berdiri membaca berikut: Berdiri tegak lurus dan membaca al-Fatihah dan surah. Qunut: Berdiri 'itidal. Sujud sebanyak dua kali seperti yang disebutkan di atas. Duduk tasyahud dan salam. Bacaannya: Demikianlah cara yang sempurna solat Subuh. Azan Dan Iqamah Membaca azan dan iqamah atau paling tidak iqamah saja adalah sunat muakkad sebelum menunaikan solat fardhu secara bersendirian dan mendengarkannya untuk solat berjamaah.
Sunat Dalam Solat 1. Takbir yang wajib dalam sholat hanyalah Takbiratul-ihram yang disebutkan diawal permulaan sholat. Takbir-takbir lain seperti sebelum ruku' atau sebelum sujud dan seterusnya adalah sunat belaka. Mengangkat kedua tangan ketika Takbir permulaan sholat dengan cara membukanya sambil merapatkan jari-jari sehinggalah ke dua sisi muka. Inilah yang dinamakan penyerahan diri bulat- bulat kepada Allah SWT.
Sunat mengulangi bacaan tasbih di dalam ruku' dan sujud dua atau tiga kali atau lebih lagi atau menambahkan bacaan "Subhanallah" 3 kali dan salawat ke atas Nabi Muhammad SAWA dan keluarganya. Sebelum mula mebaca Tasyahud sunat membaca "Alhamdulillah" , Bismillah wa-billah wa-lillahil-asmaulhusna lillah". Kemudian membaca Tasyahud. Selepas membaca Tasyahud sunat membaca " Wa-taqqabal syafa'atah wa-fa'darajatah".
Sunat membaca salam berikut dalam salam : Bacaan salam yang wajib ialah: 6. Sunat ketika berdiri dari suatu raka'at ke raka'at berikutnya membaca: 7. Sunat membaca doa Qunut sebelum ruku' di dalam raka'at kedua.
Sunat mengangkat tangan ketika doa qunut. Anda boleh berdoa kepada Allah SWT di dalam ruku' atau di dalam keadaan-keadaan lain ketika sholat dan meminta kepada Allah apa yang diinginkan dalam bahasa Arab. Apa sahaja yang anda berdoa di dalam sholat sebenarnya itu adalah sholat. Sunat menunaikan sholat di awal waktunya dan sunat melakukan sholat fardhu di masjid, berjamaah khususnya untuk sholat Subuh, Maghrib dan Isya'.
Sunat melakukan sholat secara tukmaninah dan perlahan. Makruh melakukannya dengan terburu- buru. Sunat bertafakur dan khusyu' di dalam solat. Jika fikiran melayang dipertengahan sholat, maka kembalikan semula perhatian itu kepada ibadah sholat.
Sunat membaca Basmallah dengan jahar pada rakaat pertama dan kedua untuk sholat Zuhur dan Asar, begitu juga sunat membaca dengan jahar bacaan surah di dalam dua rakaat pertama sholat Zuhur pada hari Jumaat. Perkara-perkara Yang Membatalkan Sholat 1. Tidak lengkap syarat mukadimmah sholat. Berlaku hadas besar atau kecil.
Sengaja bercakap walau satu huruf termasuk mengucapkan salam kepada seseorang namun menjawab salam kepada seseorang yang memberi salam adalah wajib dengan syarat mengucapkannya sama seperti apa yang diucapkan oleh orang berkenaan.
Berlaku berbagai keraguan seperi yang akan disebutkan kelak. Makan dan minum. Sengaja menangis kerana urusan dunia. Sengaja mengucapkan "aamin" selepas al-Fatihah dalam keadaan bukan taqiyah atau tujuan doa. Tertawa terbahak-bahak tetapi tidak mengapa jika sekadar tersenyum. Bersedekap berpeluk tubuh dalam keadaan bukan taqiyah. Melakukan perbuatan yang boleh menghilangkan bentuk sholat seperti bertepuk tangan atau bersiul dan sebagainya.
Memalingkan badan ke arah kanan atau kiri atau belakang; juga memalingkan wajah ke belakang secara mengaja. Hukum Ragu-Ragu Dalam Sholat 1. Syak yang akan membatalkan sholat. Syak yang boleh dibiarkan. Syak yang sholat akan sah. Syak Yang Membatalkan Sholat 1. Syak dalam sholat dua rakaat seperti Subuh dan solat Qasar. Syak dalam sholat tiga rakaat seperti Maghrib.
Syak antara rakaat pertama dan lainnya dalam sholat empat rakaat. Syak dalam sholat empat rakaat antara dua rakaat dan lebih tetapi belum menyelesaikan sujud kedua dari rakaat kedua. Syak dalam sholat empat rakaat antara dua dan lima, atau 2 dan lebih dari lima. Syak antara tiga dan enam atau tiga dan lebih dari enam. Syak antara empat dan enam atau lebih dari enam. Syak dalam bilangan rakaat yang dia tidak tahu berapa rakaat telah dia lakukan.
Syak Yang Boleh Dibiarkan 1. Syak terhadap sesuatu yang telah berlalu. Syak selepas salam terakhir. Syak selepas keluar waktu. Syak dalam sholat jamaah sama ada imam atau makmum selagi salah seorang dari mereka dapat mengingatkannya. Syak dalam sholat sunat. Dia dapat mengambil yang banyak atau sedikit selagi itu tidak akan membatalkan sholat. Syak antara dua dan tiga selepas sujud kedua di rakaat kedua, maka hukumnya anggap ia rakaat ketiga dan kemudian meneruskan sholatnya sehingga akhir.
Selepas salam dia berdiri semula dan melakukan sholat ihtiyat satu rakaat. Syak antara dua dan empat rakaat selepas sujud kedua di rakaat kedua. Hukumnya adalah anggap yang itu adalah rakaat keempat kemudian selesaikan sholat sehingga salam; lalu berdiri semula dan sholat ihtiyat dua rakaat. Syak di antara tiga dan empat maka hukumnya adalah menganggap yang itu rakaat keempat, lalu selesaikan sholatnya sehingga akhir dan sholat ihtiyat selepasnya satu rakaat berdiri atau dua rakaat duduk.
Syak di antara empat dan lima selepas sujud kedua, maka hukumnya adalah menganggap yang itu rakaat keempat lalu sempurnakan sholat sehingga akhir. Kemudian sujud selepasnya dua sujud sahwi.
Syak di antara empat dan lima ketika berdiri. Maka hukumnya dia terus duduk semula dan menjadikannya seperti syak antara 3 dan 4. Kemudian dia teruskan sholatnya sehingga akhir dan berdiri semula untuk sholat ihtiyat satu rakaat berdiri atau dua rakaat duduk.
Syak antara 3 dan lima dalam keadaan berdiri, maka hukumnya dia terus duduk semula dan menjadikannya seakan syak antara 2 dan 4.
Dia teruskan shholatnya sehingga sempurna lalu berdiri semula untuk melakukan sholat ihtiyat dua rakaat berdiri. Syak antara 3, 4, dan 5 ketika berdiri. Hukumnya ia terus duduk semula dan melakukan seakan syak antara 2, 3, dan 4. Dia akhiri sholatnya lalu melakukan semula sholat ihtiyat dengan dua rakaat berdiri dan dua rakaat duduk.
Syak antara 5 dan 6 ketika berdiri. Hukumnya dia terus duduk semula dan menganggap yang seakan ia syak antara 4 dan 5. Dia selesaikan sholatnya sehingga sempurna lalu sujud sahwi selepas sholat sebanyak 2 kali.
Dalam gambaran empat yang terakhir, maka lebih baik ihtiyat sunat dia melakukan juga sujud sahwi lantaran berdiri lebih yang ia batalkan. Cara sujud sahwi dan sholat ihtiyat akan diterangkan kemudian.
Mereka yang syak di dalam rakaat akan dapat menghilangkan syaknya ini jika ianya menduga lebih berat salah satu dari rakaat yang ia ragui contohnya jika ia lebih berat menduga yang rakaat ketiga adalah rakaat yang benar di dalam syak antara tiga dan empat, maka ia mesti mengambil rakaat ketiga dan meninggalkan amalan syak antara 3 dan 4. Sujud Sahwi Ianya dua sujud dengan niat taqarub Ilallah kerana Allah semata-mata. Disyaratkan sujud pada benda yang dibolehkan sujud di atasnya.
Tidak wajib takbir. Dia hanya terus sujud dan membaca di waktu sujudnya doa berikut: Kemudian duduk antara dua sujud, lalu sujud semula seperti pertama tadi, dan baca tasyahud kemudiannya seperti biasa salam.
Sebab-sebab Sujud Sahwi: 1. Berkata-kata dalam sholat tanpa sengaja. Membaca salam bukan pada tempatnya. Lupa membaca tasyahud.
0コメント